Monday 29 February 2016

4.      KESIMPULAN
Secara natijahnya, pelaksanaan syariah Islamiah dalam sains dan teknologi dan kejuruteraan ini bertujuan untuk membawa kearah kebaikan samada untuk umat manusia atau alam. Ini bertepatan dengan konsep syariah iaitu hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t, ini bermakna segala hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai makna atau maksudnya yang tersendiri ataupun sebab dan hikmah yang tersendiri. Sebagai umat Islam, hendaklah kita mematuhi segala syariah Islam yang telah ditetapkan bagi mendapatkan keredhaan Allah sw.t supaya apa yang dilakukan oleh kita sentiasa dalam redha Allah s.w.t dan sentiasa kearah kebaikan.

            Selain itu, dengan pelaksanaan syariah Islamiah ini akan dapat meningkatkan kualiti dan sahsiah diri setiap insan. Ini kerana, sekiranya syariah Islamiah diterapkan di dalam setiap apa yang dilakukan nescaya kehidupan di dunia akan sentiasa dalam keadaan yang sejahtera..

No comments:

Post a Comment