Monday 29 February 2016

2.      PENDAHULUAN
            Apa itu syariah? Syariah dari segi bahasa merujuk kepada jalan yang lurus, tempat keluar sesuatu atau jalan ke tempat air minum. Kaitannya dengan air menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga dengan jalan yang lurus, akan membawa manusia kearah kebaikan.
            Syariah dari segi istilah pula adalah apa yang disyariatkan Allah s.wt kepada hamba-hambanya pada perkara agama iaitu mempunya hukum-hakan yang berbeza. Antaranya wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sama ada ianya diambil dari Al-quran ataupun hadis. Hukum-hakam ini dikenali sebagai hukum syariah kerana dari sudut kelurusan dan kejelasannya yang tidak bersimpang-siur dan tidak mempunyai sebarang kesamaran yang diragukan. Bahkan dari segi sains dan teknologi juga harus mengikut hukum syariah yang telah ditetapkan supaya dapat memelihara kesejahteraan alam dan keharmonian sejagat

No comments:

Post a Comment