Monday 29 February 2016

3.      PERLAKSANAAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN





3.1 Utamakan yang utama
  • Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
  • Mengelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahatan adalah sangat diutamakan.
  • Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada sunat.
  • Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.
  • Sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah.
  • Para saintis, teknokrat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan untuk memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran.
  • Pelaksaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama, nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.






                                    










                   -perkahwinan haruslah mengutamakan syariat dan tidak boros-



                                    -Firman Allah dalam surah An-Nuur 24; ayat 32:-



 3.2 Matlamat tidak menghalalkan cara.

Ø  Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan, lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.
Ø  Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia,
Ø  Syariat Islam juga menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika Islam.
Ø  Tiada istilah untuk mencapai matlamat keperluan manusia, sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.
Ø  Pada masa sekarang yang memperlihatkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga dapat menjadi sebuah kuasa besar tetapi dengan cara mengorbankan alam.



                       
              
















 -manusia yang hanya memikirkan matlamat semata-mata, tanpa memikirkan akibatnya-




 3.3 Perlaksanaan syariat yang menepati syariat.
Ø  Pelaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengutamakan nilai keagamaan yang lebih menfokuskan kepada etika dan adab dalam membangunkan alam.
Ø  Peraturan dan hukum yang melibatkan halal, haram, sunat, harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksaan setiap sesuatu proses kerja.
Ø  Sebarang ciptaan, penemuan, kajian dan penyelidikan sewajarnya mengambil kira kepentingan prinsip dan etika dalam syariat Islam.
Ø  Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan pengurursan.
Ø  Sekiranya berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam maka, syariat menetapkan untuk memilih kemudaratan yang minima.

3.4 Mencegah lebih baik daripada mengubati.
  • Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam perlaksanaan kerja manusia.
  • Prinsip pencegahan yang yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakkan. Seperti contoh, Islam mengharam perbuatan zina.
  • Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek. Kemungkinan akan terjadi akibat yang buruk dan besar akan menimpa kepada manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.
  • Prinsip mencegah sewajarnya menjadi agenda atau fokus utama para saintis, teknokrat dan jurutera melaksanakan tugas mereka. Pengabaian prinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pembaziran masa yang berlebihan.


3.5 Akidah diutamakan syariat didahulukan.
Ø  Akidah yang merupakan tunjang bagi membangunkan insan terbaik di sisi Allah s.w.t tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua perlaksanaan hidup manusia.
Ø   Syariat adalah peraturan Allah s.w.t untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat daripada Allah sw.t.
Ø   Perlaksanaan akidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara.
Ø  Perlaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan akidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.
Ø  Dalam masa yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi seluruh perancangan, program, aktiviti dan hasil kajian yang menepati syariat.

No comments:

Post a Comment