Monday 29 February 2016

1.      PENGHARGAAN
            Alhamdulillahhirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya,  kami dapat menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Pn. Suraini Binti Ripin , Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUA 2012), di atas kesudian beliau member tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantukami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
            Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan Muhammad Farhan bin Shaeddan, Muhammad Amrin Bin Abdul Halim dan Nur Sarah Binti Jamaludin yang telah sama-sama susah dan senang menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh seminggu ini.
            Pelbagai ilmu yang dapat kami peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renun-renungan dan selamat beramal.

            “keusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”

No comments:

Post a Comment